Sunday, February 20, 2011

ARAH TUJU DAN WAWASAN TKPM





Sesungguhnya ini adalah benar benar rezeki dari Kami(Allah) yang tiada habis habisnya 
Surah Sad-54 


ARAH TUJU DAN WAWASAN PERTANIAN MAJU 2020 & TKPM
 Semua pakar motivasi akan bersetuju asas kejayaan bermula dengan Matlamat. Isi kandung matlamat itu mestilah jelas dan boleh di ukur. Ia mesti mesti mempunyai kaedah dan jadual perlaksanaan bagi mencapai matlamat tersebut.
Langkah Pertama bagi TKPM adalah pelann Induk dan Pelan Tahunan. Oleh itu di sini saya paparkan plan tahun 2011 bagi TKPM Gajah x Mati sebagai panduan. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.

1.0              TUJUAN
Tujuan paparan Rancangan Perniagaan Tahunan adalah untuk mengujudkan satu sistem perancangan secara bersepadu dan selaras bagi  peserta peserta TKPM Gajah Mati  dan di satu masa nati boleh di sepadukan di satukan dengan TKPM Bukit Perak  bagi Negeri Kedah  dan TKPM Ara Kuda P. Pulau Pinang dalam jangka panjang. 

2.0              OBJEKTIF

1.      Pendepatan purata melebih RM3000  sebulan bagi setiap Peserta
2.      Melaksanakan Penyelarasan Pusingan Tanaman diantara semua peserta /  lot  dengan tujuan mengekal kesuburan tanah dan kawalan penyakit
3.      Mengamal Sistem Rekod Ladang berpandukan  Sistem Rekod  SALM
4.      Mengamal  Amalan Pertanian Baik khususnya keselamatan makanan dan kualiti produk
5.      Mengamalkan Sanitasi Ladang ,intergtasi  dan kitar semula
6.      Mendapatkan Piawaian SALM bagi semua pengusaha

3.0              STRATEGI
              Bagi menjamin sasaran pengeluaran berterusan dan usaha berdaya
              maju pendekatan dan strategi berikut akan di laksanakan: 
              
                  STRATEGI  1.Penguruskan seluruh TKPM sebagai satu ladang
                                               Mengujudkan Jawatan Kuasa Pengurusan  
                                               i. TKPM  ii. Kumpulan / Bidang Usaha 
                                               bagi menyelaras jadual pusingan tanaman di antara lot 
                                               peserta peserta dengan pertukaran lot atau pertukaran tanaman
                   STRATEGI  2. Pemilihan Tanaman berdasarkan 8 tanaman dalam BOT 
                                               :Menyediakan Jadual Tanam dan keluasan mengikut strategi  
                                                pasaran/kontrak
                   STRATEGI  3.Perlaksanaan Pertanian  Berpandukan Manual Tanaman  
                                                dan Piawaian Amalan Pertanian Baik SALM
                   STRATEGI  4.. Perlaksanaan Pertanian Mapan dan penjimatan kos  
                                                    melalui  pembelian stok input secara kelompok.
                                                
                   STRATEGI  5. Mempelbagaikan saluran dan rangkaian  pemasaran  
                                         dengan membangunkan rangakian kontrak dan jualan terus SALM ZON 

4.  TUGAS PENYEDIAAN PLAN SASARAN TANAMAN ,HASIL & PENDAPTAN BAGI SETIAP PERSERTA
 
  1. Senarai Jenis Jenis Tanaman yang akan di tanam pada 2011
  2. Anggaran Jadual Tanam Tanaman Tesebut dan bilangan pusingan setiap tanaman setahun
  3. Keluasan Petak bagi setiap jenis Tanaman yang akan di tanam bagi satu pusingan
  4. Sasaran Kilogram Hasil dan Pendapatan bagi tiap jenis tanaman/pusingan
  5. Sasaran / Kiraan  Pendapatan purata bersih sebulan atau setahun bagi 2011.
Jagung TKPM GM telah menembusi Pasaran Pulau Pinang
          
  5. UJUDKAN KUMPULAN PENGURUSAN MENGIKUT KUMPULAN TANAMAN 

Pengusaha setiap tanaman mempunyai sasaran dan matlamat serta masalah yang sama .Tujuan mengujudkan kumpulan tanaman adalah untuk menyelaraskan pengeluaran hasil dan berkongsi pemasaran serta logisti k. Ia juga boleh mengujudkan kerjasama promosi dan  pengiklanan produk secara ekonomik  melalui perkongsian kos. Ia juga boleh membantu berkongsi teknologi,pengalaman dan pasaran sisa tanaman serta program kitar semula sisaladang .Disamping itu  pembelian input boleh di buat secara kelompok dan pukal oleh itu boleh menjimatkos. Tempat simpanan dan piawaiaan juga boleh di kongsi bersama.Dengan berkerjasama ia boleh mencakapai ekonomi bersekala.

Kumpulan Tanaman yang boleh di ujudkan di TKPM ada alah :


 
  1. Kumpulan Tanaman Jagung
  2. Kumpulan Tanaman  Nenas
  3. KUmpulan Tanaman Sayuran Buah
  4. Kumpulan Tanaman Sayur Daun
  5. Kumpulan Tanaman Cili
  6. Kumpulan Tanaman Pisang & Betik
  7. Kumpulan Teknologi Fertigasi
Pelancaran Blog TKPM  Kepada Kumpulan Tanaman / Peserta TKPM Oleh DTO
                                   
               Pengurusan Projek Kumpulan Tanaman .

SPESIFIKASI TUGAS
TANGGUNGJAWAB UTAMA
Ketua Projek
Menentukan Sasaran  & Matlamat Kumpulan
Menyelaras kuota pengeluaran dan jadual keluaran
Mengetuai dan memantau urusan projek
Menentukan keputusan dalam urusan projek
Memastikan kebajikan peserta dan operasi ladang berjalan lancar
Penolong Ketua Projek
Membantu ketua dalam semua urusan perancangan projek & perlaksanaan
  1. Senarai Jenis Tanaman yang akan di tanam pada 2011
  2. Anggaran Jadual Tanam dan pusingan bagi  jenis tanaman
  3. Keluasan Petak/Tanaman yang akan di tanam bagi satu pusingan
  4. Sasaran Kilogram Hasil dan Pendapatan bagi tiap jenis tanaman/pusingan
Sasaran Pendapatan bersih sebulan atau  setahun bagi 2011
Setiausaha
Membuat catatan mesyuarat, perbincangan dan semua perkara berkaitan dengan projek
Menguruskan semua perkara berkaitan surat menyurat
Bendahari
Bertanggungjawab ke atas urusankewangan dan tabungan projek
AJK Kejuruteraan
Bertanggungjawab ke atas urusan kejuruteraan& lojistik
AJK Agronomi & SALM
Bertanggungjawab ke atas hal agronomi  dan amalan pertanian baik
AJK Bahan Input Pukal
Bertanggungjawab ke atas hal pembelian bahan input, seperti baja, peralatan dan urusan edaran,
AJK Pemasaran ,Promosi & Iklan
Bertanggungjawab merancang jualan dan sasaran pasaran
Mengurus & Memnatau  jadual pengeluaran dan

Sasaran Keluasan Tanaman Utama  Bagi TKPM Gajah Mati

Jagung--      8.00 hektar   x  4 pusingan = 32 hek CHE
Cili –            - 7hek X 2pusingan =14        hektar      CHE
           Nenas  – 8  hektar  0.8 pusingan  =       6.40 hektar CHE
           Tebu   1hek X 1 pusingan          = 1 hektar  CHE
           Bendi -– 5hek x 2 pusingan         =10 0 hektar CHE
           Terong- 5hek x 2 pusingan           =10 0 hektar CHE
           Kacang Panjang    – 6hek x 2   pusingan =    12. 0 hektar
           Pisang,Betik & Mangga                            = 3   hektar
Jumlah:                                             = 84.4 hektar CHE


Kumpulan Jagung
Luas hek
Pusingan
Jumlah
Hasil Tongkol
Hasil
Pendapatan
Pendapatan
Purata

Peserta
Kawasan
tahun
Luas hek
 sehektar
Jumlah
Kasar
Bersih
sebulan
1
Fuad
2
4
8
20000
160000
80000
40000
3333.333
2
Yusof
2
4
8
20000
160000
80000
40000
3333.333
3
Anuarfirdaus
2
4
8
20000
160000
80000
40000
3333.333
4
lain
2
4
8
20000
160000
80000
40000
3333.333


6.Penjadualan Pengeluaran

 Pasaran di Utatara Semanjung di pengaruhi  oleh pengeluaran dan iklim di Selatan Thailand yang mempunyai ikllim regim Ustik berkemarau panjang selama 4 bulan seperti iklim Utara Kedah. Cuma masa berlaku adalah berbeza. Thailand mempunyai taburan hujan  maksima /bajir di bulan 9  sementara Kedah pada bulan 11. Sementara  musim kemarau pada bulan 10,11,12,1,2   berbanding dengan Kedah utara 12,1,2,3,4  . Olleh itu pasaran adalah baik pada  9,10,11,12,1,2 bagi  utara kedah .
Oleh itu sasaran TKPM perlu mengeluarkan hasil maksima pada bulan ini  dengan mengatasi kekurangan air di sebab  kemarau. Penanaman jagung mesti lah berperingkat bagi memenuhi pasaran tersebut. Bagitu juga cili dan lain lain.
Pasaran akan  bermula menurun pada bulan awal Mac 2011 bagi setengah tanaman mana kala tanaman jagung telah di atasi dengan jualan terus di SALM ZON. Tumpuan kepada cuti sekolah dan masa orang bandar balik kampung juga menyokong pasaran. Penerokaan pasaran di Tikam Batu dan Seberang Perai Utara oleh DTO pada tahun 2010  menunjukan potensi pasaran masih ada. 

7. RANCANGAN PEMASARAN.
Terdapat dua konsep utama dalam orientasi perniagaan iaitu konsep perniagaan dan konsep pemasaran. Perniagaan yang berorientasikan konsep pengeluaran akan memberi tumpuan terhadap kemampuannya untuk memgeluar sesuatu produk. Kemudian, perniagaan berusaha untuk menjual produk tersebut ke pasaran.
Perniagaan yang berorientasikan konsep pemasaran pula sering mengkaji terlebih dahulu kehendak dan keperluan pelanggan sebelum menawarkan produk. Merangka strategi pemasaran melibatkan empat elemen utama iaitu produk, penentuan harga, pengedaran barang-barang, dan promosi jualan.
Tanaman singkat masa yang hendak dipasarkan ialah jagung, timun, cili terung bulat ,serai dan nenas.

Kaedah Pemasaran di TKPM Gajah Mati
Jagung :
1.      Pasaran Jualan terus  di premis SALM ZON bagi meningkatkan margin keutungan
2.       Jualan Kepada Perais/Pemborong yang mempunyai rangkai jaualan terus sendiri
3.      Jualan borong melalui ladang kontrak
Nenas :
4.      Pasaran Jualan terus  di premis SALM ZON bagi meningkatkan margin keutungan
5.       Jualan Kepada Perais/Pemborong yang mempunyai rangkai jualan terus sendiri
6.      Jualan borong melalui ladang kontrak
Sayuran :
7.      Jualan Kepada Perais/Pemborong yang mempunyai rangkai jaualan terus sendiri
Cili :
8.      Jualan Kepada Perais/Pemborong yang mempunyai rangkai jaualan terus sendiri
Pisang :
9.      Pasaran Jualan terus  di premis SALM ZON bagi meningkatkan margin keutungan
10.   Jualan Kepada Perais/Pemborong yang mempunyai rangkai jaualan terus sendiri
Tebu :
11.  Pasaran Jualan terus  sebagai produk nilai tamabah :air tebu  di premis SALM ZON  dan premis  sedia ada 


KEDUDUKAN TKPM DALAM PIAWAAIN KEMAJUAN WAWASAN 2020

Sekarang ini kita mula melangkah ke tahun 2011 kita hanya mempunyai kurang 10 tahun untuk memenuhi sasaran negara maju. Kita sering mengukur negara maju dari sudut binaan bangunan maupun infrastruktur. Kita ada bangunan tertinggi , ibu negara termoden Putrajaya ,lebuh raya dan lapangan terbang yang moden dan sektor industri perkilangan yang pesat  membangun. Sedikit sekali kita melihat dari sudut amalan kita dan amalan pertanian dan ia nya sebagaio sebuah Industri.

Semasa saya tidak ada di TKPM saya berpeluang menjelah dan melihat siaran siaran mengenai Industri Pertanian di Negara maju lebih terperinci.Saya lihat amalan pertanian mereka sungguh bersistem,rapi ,mengamalkan dan menekan kepada
a.Kebersihan dan keselamatan makanan,
b.Alam sekitar yang bersih dan mapan
c.Keselamatan dan kebajikan pekerja
d.Memenuhi kehedak pasaran/pelanggan



Kalau Tamadun Islam telah mempekenalkan sistem piawaian melalui Ilmu fekah di mana sistem halal haram,najis dan bukan najis, kebersihan makanan, kebersihan diri anggota, kualiti air mutlak , air mustakmal tertib dalam mengambil uduk dan ketertiban tentang  mengambil udud ,mengerjakan sembahyang, bacaan bacaan, tokmaninah dan sebagai nya negara maju telah memperluaskan fekah Islam ini ke bedang pertanian dan pemprosesan makanan serta memperkenalkan sistem yang boleh di ukur dan di mahasabah (di periksa dan di nilai secara telus)
i.Piawaian  pertanian melalui Global GAP (Good Agriculture Practice)
ii.Pengurusan hasil pertanian/makanan mereka memperkenalkan HACCP(Hazard Analisis at Critical Point-Analisa Bahaya Pencemaran di Tempat Kritikal)
iii.Pembuatan GMP (Good Manufacturing Practice- Amalan Pembuatan Baik).

Mereka telah memperluas kan saranan amalan Islam/amalan baik kebidang industri moden .Sistem yang  tersusun rapi, sistematik ,berpiawaian yang jelas dan objektif. Kita sebagai khalifah tidak ada pilehan sebagai orang Islam melainkan mengamalkannya sistem diatas menjadi kenyataan dengan ikhlas dan niat yang suci.Malah kita boleh memperbaiki lagi dimasa akan datang supaya kita lah menjadi pemimpin tamaddun.
Diantara piawaian yang kita boleh tumpukan adalah:

a. Kebolehjejakan dan Keboleh kesanan; Produk kita bertanda dan boleh dikesan dan kita berani bertanggung jawab tetang kualiti dan keselamtannya

b. Menyimpan Rekod Amalan : Siapa sahaja boleh mahasabah tetang amalan kita yang baik di ladang kita
c. Audit Dalam: Kita juga membuat pemeriksaan sendiri, mengawas dan mahasabah amalan kita
d. Bahan Tanaman : Mempunyai rekod segala benih dan jenis tanaman yang kita gunakan adalah baik
e. Sejarah Tapak  & Pengurusan Tapak : Tapak ladang kita adalah bersih dan selamat dari pencemaran sejak dari dulu lagi
DTO dan Pakar Pakar  Sains Tanah Berbincang Mengenai Sejarah dan Pengurusan Tapak mengikut piawaian SALM

f.Pengurusan Tanah dan Media Tanaman: Ia di urus dengan baik dan tidak menyebabkan pencemaran kepada hasil atau kerosakan/hakisan  kepada persekitaran

g.Pengurusan Pembajaan &  Baja Organik: Di buat dengan tepat dan berhemah supaya tidak mebazir, mencemarhasil  atau meroskan alam sekitar
h.Pengairan dan Fertigasi : Sumber air di gunakan berkesan  bersih dari pencemaran/mudarat dan pembajaan juga di gunakan secara berhemah supaya tidak ujud pencemaran atau keracunan.

j.Perlindungan Tanaman : Amalan pertanian yang kurang menggunakan racun dan racun yang digunakan adalah jenis yang betul dan piawaian yang betul. Ia di laksanakan dengan penuh tanggung jawab kepada pelanggan juga pekerja serta alam sekitar.
k. Pengedalian Hasil Lepas Tuai : Hasil yang di tuai untuk di pasarkan perlu  piawaian kualiti dan ,kebersihan

l. Pengurusan Sisa Ladang : Ia sebaik nya mengambil kira kebersihan dan juga kitaran semula sisa secara bijak dan mapan
m. Kebajikan,Keselamtan dan Kesihatan Pekerja: Kita juga perlu melihat pekerja sebagai satu aset  yang akan bertambah nilai jika di beri latihan dan tunjuk ajar dan perlu adil dari segi kebajikan,keselamatan dan kesihatan mereka

n. Isu Alam Sekitar : Impak usahakita keatas alam sekitar.
o.Rekod Aduan: Kita perlu memberi luang dan merekod aduan pelanggan supaya kita sentiasa boleh memperbaiki kualiti produk, kemampanan usaha.


Thursday, February 3, 2011

BERMUSAFIR DI SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN

ZINDAGI EK MUSAFIR........Hidup ini satu perjalanan kita perlu arah tuju yang lurus dan tepat. Niat yang ikhlas           
Sepanjang bertugas sebagai DTO di TKPM sedikit sekali masa terluang untuk bermusafir jauh dari TKPM GajahXMati dan TKPM Bukit Perak.
Pada awal tahun 2011 adalah tahun Arnab pusingan ke 5 bagi saya kerana saya juga di lahirkan pada tahun arnab. Saya masih ingat 3 ekor arnab di bebaskan untuk menjalanai hidup sendiri pada akhir Tahun 2010. Bagitu juga peserta2 TKPM Gajah X Mati kerana masih tiada lantikan Pengurus.

Saya mengambil peluang masa terluang dari kewajiban berada di TKPM tersebut untuk mengembara mendapat maklumat dan rangkaian untuk TKPM di Jabatan Kerajaan di Putrajaya mau pun pihak swasta.

 Saya telah menoraka peluang dan kemungkinan kerjasama dengan :
MOSTI - Kementerian Sains di Putrjaya
MECD - Kementerian Keusahwanan  di mana saya berpeluang menghadiri Seminar Dua Hari dimana terdedah tentang kaedah dan peluang pemasaran di sektor koporat seperti Giant,Mydin dan TESCO .Disamping itu juga mendapta maklumat  sumber pembiayaan yang di sediakan oleh Kerajaan melalui MARA,Amanah Ikhtiar dan lain lain.
                            SASARAN KERAJAAN - NEGARA BERPENDAPTAN TINGGI
                    -sekurang kurang 40% dari rakyat & mengatasi masalah kemiskinan tegar

MARIOT :Saya juga dapat peluang mengehadiri Seminar mengenai Industri Kelapa Sawit Di Mariot Hotel di Putrajaya dan  Racangan kerajaan di Sektor Partanian.

MENGENAL PASTI PROJEK
Proses mengenalpasti Projek di bawah NKEA (National Key Economic Area) seperti di bentangkan oleh PEMANDU perunding Jabatan Perdana Menteri yang di bentangkan di Seminar Reach and Teach di Marriot Hotel pada 25 Januari 2011PWTC & VISTANA -Mengehadir Seminar 0 ke Jutawan  termasuk dalam bidang Internet di PWTC dan Vistana Hotel,

SIRIM -Saya berpeluang ke Sirim Mendalami mengenai Amalan Pertanian Baik Skim Akredistai Ladang 2  Global GAP.
NETWORKING- Air Alkali produk terbaru Networking Bumiputra
Ia selaras  dengan Dasar Kerajaan Membina Ragkaian Projek  meliputi  Bekalan ka Pembuatan /Pemprosesan di mana Sektor Pertanian khususnya TKPM boleh Terlibat seperti di bentangkan oleh PEMANDU di bawah ETP (Economic Transformation Programne) dari  Jabatan Perdana Menteri yang di bentangkan di Seminar Reach and Teach di Marriot Hotel pada 25 Januari 2011

Saya juga berpeluang menerokai bidang dan rangkaian  Jualan Terus Aloevera dan juga Penapis air Alkali. Semua ini akan membuka peluang , bidang dan dimensi yang lebih kepada  perserta peserta TKPM.
 ALOVERA: Boleh digunakan 100 kegunaan pengobatan di luar dan dalam
Luaran: Rawatan untuk terkena air panas,luka,kudis,kayap yang amat mujarap
Minuman: Bagi merawat sakit kerongkong,batuk,deman,selesema. Ia juga boleh merawat pesakit kecing manis,darah tinggi,buasir,gastri dan sebagainya