HIDROPONIK
Teknologi penanaman dengan kaedah Hidroponik bukanlah perkara baru. Ia di gunakan oleh tentera merin United State of Amerika semasa peperangan Dunia kedua di medan perang Lautan Pasifik di mana tentera tentera terpaksa bermukim di kapal dan pulau yang tidak mempunyai kemudahan pertanian di atas tanah.
Perkataan Hidroponik ini dipercayai berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja. Ini adalah satu kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan benih tanaman (biasanya sayuran daun atau sayuran buah) yang akan mengeluarkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan media tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah. Pelbagai model sistem hidroponik terdapat masa kini daripada yang biasa iaitu Hidroponik Takung sehingga yang berskala besar iaitu Hidroponik dengan sistem rumah pam dan rumah Struktur pelindung hujan.
Projek tanaman sayuran Beijing, China dengan kaedah hidroponik yang luasnya hampir 4 kali padang bola sepak. Teknologi digunakan ialah dengan membina dinding konkrit berpetak-petak yang diisikan dengan air baja larutan dan ikan didalamnya. Kotak poistyrene yang mengandungi benih tanaman di apongkan diatas permukaan air dan dibiarkan tumbuh sehingga sesuai untuk dituai. Kawasan ini keseluruhannya mempunyai bumbung yang mempunyai atap kaca dan mampu mengeluarkan 5-6 metrik tan sayuran hidroponik sehari.
Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik.
Teknologi Hidroponik mempunyai kelebihan seperti ianya tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman, Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya, Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.
Teknologi ini juga Tidak perlu menyiram baja setiap hari, Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit. Selain itu Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.
Bagaimana pun terdapat beberapa kelemahan Teknologi Hidroponik seperti tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal, Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah .
Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa. Kos awal juga lebih tinggi dan memerlukan ilmu khusus seperti kemahiran membuat bancuhan baja larutan dan mempastikan tanaman sentiasa cukup dijaga.
Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa. Kos awal juga lebih tinggi dan memerlukan ilmu khusus seperti kemahiran membuat bancuhan baja larutan dan mempastikan tanaman sentiasa cukup dijaga.
Teknologi Hidroponik di Malaysia pernah menjadi isu kesihatan dimana jika bancuhan tidak dibuat dengan betul atau takung yang tidak dijaga dengan rapi akan menjadi punca nyamuk membiak. Nyamuk aedes berdarah adalah antara masaalah yang akan timbul jika takung hidroponik tidak diuruskan dengan baik dan Kementerian Kesihatan Malaysia pernah menyaman dan menyita pengusaha Hidroponik Takung dahulu seperti kes di Johor Bahru dan Kluang pada tahun 1998.
Kini tidak ramai kawasan rumah pangsa dan kawasan bandar yang buat tanaman menggunakan teknik hidroponk takung.
No comments:
Post a Comment