Thursday, April 21, 2011

TWILIGHT AND THE NEW DAWN ON THE HILL OF TKPM BUKIT PERAK

New Episod . The hill of TKPM Bukit Perak is being planted with Jack Fruit.


Kereta Yang Memecah Rekod Mendaki  Kemuncak Gunung Brincang Dalam Tahun 2005

DTO di Kemuncak Bukit Perak:




DTO the Commando!! Siapa Yang Tahu Di Zaman Komunis Berkeliaran Di Hutan Pedu?
The Last Mangga of Bukit Perak !!!

DTO Nasihatkan Buat Terrace dan Cover Crop.. Jangan Ulang Kesilapan Zaman Dato N



 The manggo project started years earlier meet a complicated  ending. Now the jackfruit is new the new dawn.

Terracess Pemulaan Yang Baik... 
Reclearing of the hill and repairing of the terraces.

TERRAIN CLASS

C1    0 - 2   degrees
C2    2- 6    degrees
C3    6-12   degrees
C4   12-20  degrees
C5   20- 25 degrees


EROSION STUDY USING RAIN SIMULATOR PIONEER BY DOA MALAYSIA

Rain Simulator Setting


Slope 20% on vegetation free

Area 0.625 square meter




Rain Simulation 18mm in 3 minutes




Rain Drops ponts

Jalankan ±12 Kali Penentuan
3 minit masa setiap kali
Amaun Hujan
375ml/minit x 3 minit
= 18 mm Hujan setiap kali
Pilih terbaik 8 kali @ Coeff. Variance < 25 %
Rain Drop points visbile on the soil surface after simulation
Culculation of relative K :

hujan dari simulator =18mmX8replicates =144mm
Jumlah sediment dari lapan simulasi =25.7721gm
K relative=25.772/144= 0.1789gm/mm hujan>>>> 


CONTOH >> Nilai K Relatif Bagi Siri Musang Yang
Ditentukan Dgn Rainfall Simulator 
= 0.179 gm/mm hujan

K=0.179/727+0.00215 =0.0024

K HANYA  ini di gunakan untuk RUSLE Dimana R=Annual rainfall in mm









RUSLE MALAYSIA STUDY OF EROSION ON THE MAP

A=RKLSCP

A= Soil Loss per anum ton/hac
R= Annual rainfall in mm
K= Erosivity Factor according to soil series value 0.00***
L=Length of Slope on the map(1;25,000 in cm
S= Slope Terrain factor :Average of Terrain Class C1=1,C2=4,C3=9,C4=16,C5=22.5
C= Crop factor .For bare soils C=1
P= Conservation Measure   . Bare soil P=1

Example: Bare soil  (clear land) with steep slope C5 (20degrees-25 degrees)

Cuculation of LS of 10cm slope length on 1:25,000 map

LS= Length of slope on mapXSlope /terrain class factor
     =10cmX C5= 10cmX22.5
   
A=RK X 10cmX 22.5X 1X 1
   =  3500mmX 0.002 X 10 X 22.5

  =1575 ton per hac per year

Erosion per month approximately 150-200 ton according to rain intensity for the month. So soil cover,mulch and wettle must be established quickly to control erosion.

N.B
 10cm on the map 1;25000 =10cmX25000=250,000cm=2500 meters




REMAJA HARAPAN BANGSA & AGAMA: LAWATAN PERSERTA PLKN KA TKPM


Matlamat dan Perancangan Pengeluaran Ladang
Betul tanpa matlamat kita tidak ada arah tuju Tanpa rancangan bagimana nak laksanakan dengan jaya


Tanpa Matllamat Ibarat Kapal Tanpa Nakhoda Tanpa Sasaran Tidak Tahu Apa Yang Kita Hendak Capai
Rancangan Mempunyai Sasaran dan Jadual Perlaksanaan
Ia Menjawab Persoalan Bagai Mana ,Bila dan Di Plot mana

Plot nya Disini!!!
Sumber Air Nya di Sini Kita Tahu Kamam,puan dan Kapasiti
Baru Jaminan Tanaman Menjadi

Terima Kasih DTO kini baru kami mengerti
Doakan Kami Dapat Menentukan Matlamat dan Sasaran Kami
Inilah Barisan Kita......
Bersedia berbakti Untuk Pertiwi


Selamat Tinggal Bungaku Kami  Mohon Pergi Dahulu....

Monday, April 18, 2011

PERTANIAN INTERGRASI SATU DIMENSI YANG TIDAK DIBERI PERHATI

Malaysia mempunyai banyak sumber alam asli yang kita melihat sebagai sumber kekayaan yang mapan.Kita mempunyai curahan hujan yang tidak henti henti. Ia sumber air untuk hidupan dan pertanian.Ia akan kekal walaupun minyak negara maupun minyak Arabia sudah pupus.Kita mempunyai suhu yang panas sepanjang tahun. Kita tidak mempunyai musim sejuk yang menghalang pertanian.Kita mempunyai tumbuhan yang berbagai. Ada yang boleh di gunakan terus ada yang boleh di olah untuk makanan ternakan dan baja organik. Tetapi sedikit sekali kita memberi perhatian kepada kekuatan dan kekayaan kita. Kunci mengolah sumber ini secara kitaran alam adalah PERTANIAN INTERGRASI.


Satu model perlu di olah. Kerja kerja awal telah di laksanakan oleh TKPM dengan sumbangan biaya oleh Saujana Agriculture and Soil Consultancy.Pencapain dan penemuan adalah memberangsangkan.
Model intergrasi juga di laksanakan di Brazil. Berikut adalah contoh:

Apa yang dapat di bayang oleh minda tentu dapat di lakar oleh planner dan tentu sekali dapat di laksanakan oleh mereka yang positif fikiran nya.Walaupun tidak mudah untuk menjayakan perkara baru" angan angan Mat Jenin" kata minda Melayu hanya ketabahan dan sokongan sahaja ahli sain German telah mereka kapal terbang jet dan ahli sain yang sama mencipta roket yang meneroka angkasa. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama.



Saturday, April 9, 2011

WATAK2 DALAM PERJALANAN DI KL CENTRAL


Hidup itu perjalanan. Jauh perjalanan banyak banyak pandangan dan watak  watak....
Sabarina anak kacukan Arab Pakistan belajar di UTP- Universiti Petronas dalam bidang Petro Kemia. Serikandi harpan bangsa.Bapanya peniaga kedai makan di Kuala Lumpur. Malaysia negara yang makmor....rezeki di mana mana

Remaja Lombok Indonesia tekun bekerja di ladang kelapa sawit di Taiping

Lelaki Lombok
Wanita Mongolia memumungut derma di KL Central untuk kanak kanak Mongolia?
Wanita Mongolia? Memungut Derma untuk Badan Kebajikan?

Jutawan Jalanan? Wakil jualan langsung antara bangsa,wakil syarikat petroleum ?wakil syarikat kelapa sawit? Dunia ini satu pentas masing masing memainkan watak masing masing.
Mengaku Kaya tapi tiada gaya!!
Bekas pakar animasi menjadi Pelukis Jalanan sepenuh masa dengan pendapatan diantara RM3000 ke RM5000 sebulan.
Pelukis Karikultur
Dihujung Perjalanan ............. apa yang kita capai
Iman dan Zuhud
Saorang yang mungkin buta matanya tetapi mungkin terang hati nya
Ada yang buta mata nya ada yang habis masa muda  tidur nyenyak
Reaksi kepada DEB
Kerani Pencen Awal dari Ipoh anak berkerjaya di Australia  menghantar biaya hidup. Mengambil peluang hujan emas di negeri orang

BEBAKTI

Yunus 26
Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

Thursday, April 7, 2011

TEKNOLOGI HIDROPHONIK

HIDROPONIK

 

Teknologi penanaman dengan kaedah Hidroponik bukanlah perkara baru. Ia di gunakan oleh tentera merin United State of Amerika semasa peperangan Dunia kedua di medan perang Lautan Pasifik di mana tentera tentera terpaksa bermukim di kapal dan pulau yang tidak mempunyai kemudahan pertanian di atas tanah.

Perkataan Hidroponik ini dipercayai berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja. Ini adalah satu kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan benih tanaman (biasanya sayuran daun atau sayuran buah) yang akan mengeluarkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan media tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah. Pelbagai model sistem hidroponik terdapat masa kini daripada yang biasa iaitu Hidroponik Takung sehingga yang berskala besar iaitu Hidroponik dengan sistem rumah pam dan rumah Struktur pelindung hujan.

Projek tanaman sayuran Beijing, China dengan kaedah hidroponik yang luasnya hampir 4 kali padang bola sepak. Teknologi digunakan ialah dengan membina dinding konkrit berpetak-petak yang diisikan dengan air baja larutan dan ikan didalamnya. Kotak poistyrene yang mengandungi benih tanaman di apongkan diatas permukaan air dan dibiarkan tumbuh sehingga sesuai untuk dituai. Kawasan ini keseluruhannya mempunyai bumbung yang mempunyai atap kaca dan mampu mengeluarkan 5-6 metrik tan sayuran hidroponik sehari. 

Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik.

Teknologi Hidroponik mempunyai kelebihan seperti ianya tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman, Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya, Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula. 

 Teknologi ini juga Tidak perlu menyiram baja setiap hari, Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit. Selain itu Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram. 

Bagaimana pun terdapat beberapa kelemahan Teknologi Hidroponik seperti tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal, Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah .

Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa. Kos awal juga lebih tinggi dan memerlukan ilmu khusus seperti kemahiran membuat bancuhan baja larutan dan mempastikan tanaman sentiasa cukup dijaga.

Teknologi Hidroponik di Malaysia pernah menjadi isu kesihatan dimana jika bancuhan tidak dibuat dengan betul atau takung yang tidak dijaga dengan rapi akan menjadi punca nyamuk membiak. Nyamuk aedes berdarah adalah antara masaalah yang akan timbul jika takung hidroponik tidak diuruskan dengan baik dan Kementerian Kesihatan Malaysia pernah menyaman dan menyita pengusaha Hidroponik Takung dahulu seperti kes di Johor Bahru dan Kluang pada tahun 1998. 


Kini tidak ramai kawasan rumah pangsa dan kawasan bandar yang buat tanaman menggunakan teknik hidroponk takung.