Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)
SALM ialah satu skim persijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan GAP berkonsepkan mesra alam sekitar dan menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan.
1.1 Proses Persijilan
Proses untuk persijilan melibatkan kerja-kerja pemprosesan permohonan, pemeriksaan ladang dan kawasan, verifikasi amalan ladang, analisis hasil ladang, penilaian dan kelulusan oleh Jawatankuasa dan seterusnya pendaftaran dan persijilan.
1.2 Pelaksanaan
Lawatan ke ladang akan dijalankan oleh pegawai-pegawai pemeriksa yang dilantik berasaskan maklumat yang diperolehi mengenai ladang tersebut serta amalan-amalan yang diikuti dan dinilai berpandukan standard dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Tiga aspek penilaian akan diberi tumpuan untuk tujuan persijilan, iaitu:
- Kesesuaian ladang dan persekitaran
- malan pertanian yang dilaksanakan, dan
- Kualiti produk yang dihasilkan
Maklumat -maklumat bagi penilaian ini diperolehi melalui pemeriksaan tanah dan kawasan persekitaran ladang, rekod ladang yang disimpan oleh pengusaha, temubual dengan pengusaha serta pemerhatian tentang amalan-amalannya, pemeriksaan tempat-tempat tertentu, serta pengambilan contoh hasil ladang yang sedia dipasarkan bagi tujuan analisis.
1.3 Kesesuaian Ladang dan Persekitaran
Penilaian mengenai kesesuaian ladang dan persekitaran mengambil kira lokasi, hakmilik dan sejara gunatanah, kesesuaian tanah dan tanaman serta risiko ladang kepada persekitaran.
1.4 Amalan Pertanian Yang Baik
Amalan pertanian yang baik mengambilkira pengurusan tanah dan substrat, penggunaan bahan tanaman dan input, pengurusan pembajaan dan kawalan perosak, pengendalian lepastuai, pengurusan dan pembuangan sisa ladang, pengredan, pembungkusan dan perlebelan serta kebajikan dan kemudahan pekerja.
1.5 Kualiti Produk
Produk-produk yang dikeluarkan dari ladang-ladang hendaklah berkualiti dan selamat untuk dimakan dan yang mempunyai bentuk, rupa dan rasa yang baik serta mengandunti sisa baki racun perosak dan kandungan logam berat di bawah paras yang dibenarkan.
AMALAN PERTANIAN BAIK JUGA PERLU MEJAMIN KESELAMATAN PEKERJA DAN KEDIAMAN DAN KEMUDAHAN YANG SESUAI;
Berikut Contoh Amalan Tidak Baik
AMALAN PERTANIAN BAIK JUGA PERLU MEJAMIN KESELAMATAN PEKERJA DAN KEDIAMAN DAN KEMUDAHAN YANG SESUAI;
Berikut Contoh Amalan Tidak Baik
Tong Racun dan Peralatan Tidak Di Simpan di Setor tetapi di Tempat Kediaman Pekerja |
Tempat Kediaman Tidak mempunyai Piawaian Kebersehan yang Sesuai untuk Kediaman Pekerja |
Bagitu Juga Kemudahan Untuk Menyediakan Makanan |
Tong Bekas Racun atau Sebarang Kimia Tidak Boleh di Gunakan untuk Mengisi air untuk Kegunaan Domestik |
No comments:
Post a Comment