Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Selamat Datang Ka Blog TKPM Gajah X Mati Jabatan Pertanian Pokok Sena Kedah
“Tiada seorang Muslim pun yang bertani atau berladang lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang melainkan bagi dirinya daripada tanaman itu pahala sedekah”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Dalan riwayat yang lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tiada seorang muslim menanam dan bertani maka hasil pertaniannya itu dimakan oleh manusia, binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima ganjaran pahala sedekah – dalam riwayat yang lain: “melainkan dia akan menerima pahala sedekah hingga hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Muslim)
Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani dan Imam An- Nawawi bahawa hadis-hadis yang dinyatakan di atas adalah penjelasan mengenai fadilat (kelebihan) bercucuk tanam dan ganjaran bagi orang yang melakukannya itu berterusan hingga hari Kiamat selagi tanaman itu masih kekal.
Dalam hadis marfu‘ pula, daripada riwayat Abu Ayyub Al-Anshari, Baginda bersabda:
Maksudnya: “Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman melainkan Allah Azza Wajalla menetapkan baginya ganjaran pahala sebanyak jumlah yang dihasilkan oleh tanaman tersebut”
REKOD LAH AMALAN BAIK ANDA
Rekod Pembelian Bahan Tanaman
Rekod Pembelian Baja Kimia/Organik
Rekod Pembelian Racun Perosak
Rekod Penggunaan Baja
Rekod Penggunaan Racun
Rekod Hasil Lasang
Rekod Latihan Pekerja
Rekod Pemeriksaan Kesihatan Pekerja
Rekod Pelupusan Sisa Ladang
No comments:
Post a Comment