Tuesday, June 28, 2011

BERJEMAAH DI MESJID NEGARA BERSALAMAN DENGAN TUN

BERMUSAFIR DI IBU NEGARA.....
Saya bermusafir di Kuala Lumpur dan kemudian ka Cyberjaya dan Putrajaya berjumpa rakan lama dan Pengarah NATC yang baru untuk berbincang idea intergrasi dan biomass sebagai asset pertanian dan dengan Pn Tunku Asmah Bahagian Hortikultur tentang idea buku hijau di Suria Tropika . Oleh kerana agak lama bermusafir hingga terlupa hari. Ketika di Mesjid Negara nak sembahyang Duha rupanya Jumaat telah tiba. Berjumaat lah kita semua kebetulan Tun M dan Aziz Samsuddin pun ada. Bersalam lah pula.

Tun Mahathir di Mesjid Negara.



BERMUSAFIR  BERMULA....

Di malam buta ia bermula dengan kereta
Sampai ke Tapah lampu padam pula .
Terpaksa guna lampu emergency sahaja.
Bahaya!
Nnasib bantuan Allah Maha kuasa
Ccahaya bulan menyinari jalan raya.
Sampai juga ka Lumpur Kuala sudah pukul dua.
Jumpa Van Polis dia pun tak apa apa
Kerana lampu bandar raya terang menyala.

Malam kedua di bandar raya
Berjalan ka Pudu Raya Sekarang bertaraf Antara Bangsa
Sedih nya di pinggir jalan adalagi yang sengsara

Fakir merimpat rezeki tersekat sekat
Beri sedikit hadiah
bukan lah zakat
atau fitrah
Ia hanya sumbang sedekah




Bila larut malam
Suasana sepi
Tiadapun Insan
Kecuali Drebar Teksi
Sampai lah masa nya ku beradu di seni
Tidak penting di mana
Yang penting apa nya mimpi
itu madah Dato Sanusi
Suatu masa menteri Petani


Di Seberang sana Petaling Street
Di Seberang Sini Jalan Bukit Bintang
Suasana Meriah Terang Benderang



Tempat mencari rezeki sehingga kesiang
Ada juga berpurdah ada yang berjambang
Semua nya kelihatan mewah dan riang
Industri Pelancungan Penjana Pendapatan
Memberi nafkah kepada yang usaha
Yang mempunyai jaringan niaga
Perancangan dan pendidekan moyang mereka


Kini Indo dan Bangla Nepal pula
Mencipta kekayaan dari kepandaian
Dan kesetiaan  kesabaran dan usaha
Melihat wawasan sebagai arah tuju keluarga
Fikir fikirlah kita
Cucu cicit perlu
dibela kukuh kita bersatu kita.
Jangan khianat amanah kita
Putera Puteri Perlu di jaga
Kemiskinan tercabar kita





Thursday, June 9, 2011

LAGI TENTANG MUSUH DAN PENYAKIT TANAMAN

MUSUH TERONG DAN CILI..........


















PENYAKIT  PENYAKIT....










MUSUH DAN PENYAKIT JAGUNG

Kawalan musuh dan penyakit bermula dengan pemantauan berkala. Kita perlu dapat mengenalpasti mush dan penyakit untuk mengatasi dan membasmi nya.

Wednesday, June 8, 2011

MUSUH TANAMAN DAN RUMPAI MENJEJASKAN HASIL DAN KUALITI


KAWALAN RUMPAI 

Rumpai ditakrifkan sebagai tumbuhan yang hidup dimana ianya  tidak diperlukan.
Dalam pengurusan tanaman , rumpai wujud sejak proses pembersihan kawasan sehingga menuai.
Beberapa faktor yang menyebabkan rumpai senang tumbuh ditanah gambut:-
a.Daya pegangan air yang tinggi iaitu 20 kali ganda dari beratnya sendiri;
b.Paras air yang tinggi dan hujan lebat menjadikan keadaan lembab akan mempercepatkan pertumbuhan rumpai;
c.Curahan hujan yang tinggi  +  2500  -  3000 mm / tahun;
d.Bahan organik yang tinggi  (85  -  92 %); dan
e.pH tanah yang rendah menyebabkan ia tahan kepada setengah rumpai.


MASALAH RUMPAI

Masalah rumpai sekurang-kurangnya
mengakibatkan 6 perkara seperti berikut :-

Mengurangkan hasil tanaman.

Mengurangkan saiz /berat purata buah

Mengurangkan hasil hingga 30% pada kawasan berumpai 

Kawasan yang ditumbuhi lalang boleh mengurangkan hasil 26 hingga 47%.

Mengganggu kehidupan tanaman dgn. memanjat
     dan melilit ( jenis rumpai Mikania chordata atau
     ulam tikus dan timun padang atau Passflora foetida)

Menyukarkan operasi penjagaan kebun

MEMBASMI RUMPAI MEMERLUKAN SATU PROGRAM JANGKA PANJANG & BERTERUSAN MENGHAPUSKAN BENIH RUMAPAI

Kawasan tidak bertanam di penuhi tumbuhan rumpai berterusan yang membiak benih yang akan tersebar ke kawasan tanaman. Oleh itu kawasan tidak bertanam perlu dibasmi rumpai dengan ternakan atau tanaman penutup bumi.
Kawasan tidak bertanam merupakan sumber benih rumpai yang berterusan
Kaedah Mekanikal membasmi rumpai yang sedia ada. Pembajakan akan mengalih rumpai dari permukaan tanah dan mematikan nya. 
Membajak adalah satu kaedah yang paling praktikal. Tetapi dengan kenaikan harga bahan bakar dan kos jentera, semakin lama semakin mahal.
Tetapi benih rumpai akan terus hidup dan akan bercambah apabila keadaan sesuai walaupun setelah tanah di bajak.
Penyediaan Tanah Membunuh Rumpai Yang Sedia Ada
Tanah yang di bajak dan tidak menggunakan sungkupan atau racun pracambah akan mengundang percambahan benih rumpai di dalam tanah apabila tanah mula di sirami pengairan atau hujan.


Benih Rumpai Kelihatan Bercambah Serentak Dengan Tanaman
Kaedah sungkupan dari bahan organik seperti jerami atau plastik silvershine boleh menghalang benih yang bercambah dari mendapat cahaya matahari. Ini akan membantutkan pertumbuhan rumpai buat sementara.
Rumpai Antara Baris Yang Tidak di Sungkup Akan Terus Membiak dan Menjadi Sumber Benih Rumpai untuk Tanaman Berikutnya
RACUN PRA CAMBAH ADALAH SATU KAEDAH KAWALAN KIMIA UNTUK MEMBUNUH BENIH RUMPAI.


Pasti Pekerja Memakai Pakaian Perlindungan untuk Keselamtan


Jenis Racun Rumpai

Ada tiga jenis racun rumpai utama. Ia itu racun pracmbah yang membunuh rumpai yang belum tumbuh.Racun sentuh bertindak meracun rumpai apabila racun itu mengena daun atau mana anggota rumpai atau tanaman. Racun serap atau sistemik menyerap dalam tumbuhan dan bertindak membunuh rumpai hingga keakar umbi.Tindak balas racun serap kelihatan lambat tetapi dia sanggat berkesan membunuh rumpai.
Kadar penggunaan dan langkah keselamatan hendak di patuhi untuk menjamin keberkesanan dan keselamatan.







Saturday, June 4, 2011

PERTANI MAJU



PERTANI MAJU MEMPUNYAI CIRI CIRI KEMAJUAN BERIKUT

A.SASARAN PENDAPATAN TAHUNAN & BULANAN
  1. Bidang2 Usaha
  2. Pendapatan Kasar
  3. Pendapatan Bersih
Sasaran Purata Pendapatan Sebulan
  
B. SASARAN MENJADI PLAN STRATEGIK
      Contoh :
      Badang Usaha – Jagung   4 pusingan   @  2hek  Jumlah  8hek
                              -  Labu      3 Pusingan   @ 0.5      Jumlah  1.5 hek
      Sasaran Hasil 
      Sasaran Pendapatan Kasar  : RM
-           Jagung
-          Labu
      Sasaran Pendapatan Bersih  : RM
-           Jagung
-          Labu

C. PLAN STRATEGIK MENJADI  JADUAL TANAMAN
       Pelan di selaras dengan pasaran ,sumber air dan tenaga kerja sera lain lain input
Di Bandar Besar Makan Tidak Bermusim Tetapi di Kawasan Lain ia mengikut musim dan budaya. Oleh itu jadual pengeluaran hendaklah mengambikira faktor pasaran setempat.

D. MANUAL TANAMAN & TEKNOLOGI & AMALAN PERTANIAN BAIK
       Kaedah yang menjamin hasil yang istiqamah

E. PENGURUSAN LADANG  :PERLAKSANAAN MENGIKUT JADUAL , MANUAL & SALM

      Laksana dan perbaiki segala kelemah  & masalah semasa . Memyimpan rekod   perlaksanaan,perbelanjaan dlln.
Rancangan Metrik Pengeluaran

Perlaksanaan Di Ladang mengikut Jadual & Piawaiaan


F. PEMBANGUNAN KEMUDAHAN BEPIAWAIAN SALM
         Stor
         Pembuang Sisa
         Pembuangan Bekas Racun
         Kemudahan Asas Pekerja
         Peralatan Keselamatan Pekerja
         Papan Tanda Amaran : Racun, Kaedah Keselamtan ,Bahaya dlln

G. REKOD LADANG
        Rekod mengikut piawaian yang sesuai untuk Auditan SALM

H. PEMBANGUNAN PASARAN
        Paska Tuai & Pengredan
        Pasaran Produk & Peningkatan Nilai Tambah
        Penggunaan bi bropduk 
Pembangunan Pasaran & Produk Nilai Tambah



Hubungan antara amalan pengurusan dan pencapian hasil

Keputusan kajian diladang yang tidak maju  menunjukkan bahawa amalan pengurusan tanaman petani mengkompromikan hasil yang dicapai di semua tanaman utama.Faktor penghalang utama adalah pengurusan rumpai, baja,perosak dan pengurusan air yang lemah, kepadatan tanaman yang rendah, pemilihan kultivar rendah  hasil dan terlambat tanam.

Pendapatan Yang Tersasar Kerana Tidak Mengurus Dengan Tepat
"Petani TKPM berada di harus menerima cabaran  untuk memuaskan pelbagai tuntutan, seperti untuk menghasilkan tanaman lebih banyak, pencemaran kurang, memenuhi keutamaan pelanggan, membayar upah yang adil, dan membuat hidup-semua dengan sumber daya alam yang semakin terhad seperti tanah dan air. Berkembang sistem pertanian yang memenuhi semua tuntutan, dasar pertanian kebangsaan, program penyelidikan, dan pasaran makanan akan perlu bukan sahaja  menekankan kos rendah dan pengeluaran yang tinggi eksklusif dan mengembangkan perspektif yang lebih holistik tentang bagaimana pertanian memberikan manfaat bagi masyarakat dan ummah. "
*****
Oleh itu usahatani  mendefinisikan kemapanan pertanian  sebagai mencapai empat (saling berhubung kait ) tujuan:
- Memproduksi cukup untuk memenuhi keperluan masyarakat
- Meningkatkan kualiti alam persekitaran dan melindungi sumber daya alam
- Yang menguntungkan
- Meningkatkan kualiti hidup petani, pekerja pertanian, dan masyarakat secara keseluruhan
Untuk mencapai kemapanan  dua pendekatan disyorkan, pendekatan incremental dan pendekatan transformatif (ditakrifkan di bawah). Pendekatan incremental memperluaskan dan meningkatkan usaha-usaha untuk meningkatkan kemapanan pada semua ladang, tanpa mengira saiz atau jenis pertanian. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti dan membangunkan teknik pertanian yang boleh meningkatkan aspek-aspek tertentu bagi kemapanan keberlanjutan.
Pendekatan transformatif berusaha untuk menyusun sistem pertanian yang mengimbangi empat tujuan kemapanan dari awal. Sistem ini mungkin bermula secara signifikan dari arus utama saat ini pengeluaran pertanian di estate, dan akan memerlukan pemikiran baru tentang amalan pertanian ekologi ,kitran dan alam sekitar, pasaran makanan, dan komuniti setempat terlibat. 








Faktor Untuk Di Perhatikan & Perbincangan Lanjut

Pengeluaran Tanaman & amalan pengurusan
Agronomi penunjuk prestasi
Ciri-ciri sosial-ekonomi petani
Pola tanam (pattern penanaman)
Amalan-amalan pengeluaran
secara keseluruhan
Menanam
Pengurusan Rumpai
Pengurusan air pengairan
Peralatan Pengairan & Infrastrutur:
Penjadualan: Penanaman, Pengairan, Pembajaan, Perosak Pemantauan, Kawalan Rumpai, Perosak & Penyakit
Pengurusan Kesuburan

Populasi tanaman
Hubungan antara amalan pengurusan dan pencapian hasil

Friday, June 3, 2011

TEKNIK PEMASARAN & IKLAN : CadanganAIDA CR

SALM kepada Peserta2  TKPM dan pelanggan hasil dari TKPM

Teknik Pemasaran AIDA CR , Hai Aida Cantikdan Ramah

A- Attention . Iklan adalah langkah menarik perhatian orang yang lalu lalang
Cadangan Papan Tanda TKPM 
Interest - Menarik minat kepada produk
Fokus Kepada Anchor Produk

D- Desire  ,memupuk keinginan dan hasrat yang kuat kepada  ibu bapa abang  untuk membeli produk berkualiti sebagai buah tangan untuk anak anak,adek di rumah
Sasaran Jualan - Emosi Kasih sayang






SALM & AGROBAZAR  SIMBIOTIK OUT LET


Oleh kerana pengeluaran TKPM masih bersekala kecil dan mengharap margin yang tinggi. Kaedah jualan terus masih menjadi pilehan yang di suka peserta buat jangka masa singkat. Terutama di kawasan pekan kecil dimana pendapatan penduduk rendah.SALM LINK mungkin menkadi asas untuk menghidupkan jualan .

SALM adalah satu penjenamaan kualiti dan jaminan keselamatan makanan. Simnol SALM ialah tanda bagi pelanggan membezakan produk yang berkualiti dan selamat.
Simbol SALM- Skim Akreditasi  Ladang baik  Malaysia


SALM adalah skim jaminan kualiti jika kita laksana dengan ikhlas jujur dan mengikut rukun dan tertib Insyallah kita akan mendapat Ganjaran di Dunia maupun Akhirat. Kerana kita memberi pelanggan kita makanan yang baik sebagaimana kehendak Islam.

Shabas kepada En Alias yang telah mendapatkan kemudahan pinjaman Komputer dari DTO  untuk memulakan rekod ladang berkomputer .. dan saorang yang mula menerokai piawaian SALM di TKPM Gajah Mati.
Mercu Tanda adalah satu kaedah menarik perhatian dan promosi: Pelacung suka bergambar di mercu tanda