•
Rumpai ditakrifkan sebagai tumbuhan yang hidup dimana ianya tidak diperlukan.
KAWALAN RUMPAI
•Dalam pengurusan tanaman , rumpai wujud sejak proses pembersihan kawasan sehingga menuai.
•Beberapa faktor yang menyebabkan rumpai senang tumbuh ditanah gambut:-
a.Daya pegangan air yang tinggi iaitu 20 kali ganda dari beratnya sendiri;
b.Paras air yang tinggi dan hujan lebat menjadikan keadaan lembab akan mempercepatkan pertumbuhan rumpai;
c.Curahan hujan yang tinggi + 2500 - 3000 mm / tahun;
d.Bahan organik yang tinggi (85 - 92 %); dan
e.pH tanah yang rendah menyebabkan ia tahan kepada setengah rumpai.
MASALAH RUMPAI
Masalah rumpai sekurang-kurangnya
mengakibatkan 6 perkara seperti berikut :-
Mengurangkan hasil tanaman.
Mengurangkan saiz /berat purata buah
Mengurangkan hasil hingga 30% pada kawasan berumpai
Kawasan yang ditumbuhi lalang boleh mengurangkan hasil 26 hingga 47%.
Mengganggu kehidupan tanaman dgn. memanjat
dan melilit ( jenis rumpai Mikania chordata atau
ulam tikus dan timun padang atau Passflora foetida)
Menyukarkan operasi penjagaan kebun
MEMBASMI RUMPAI MEMERLUKAN SATU PROGRAM JANGKA PANJANG & BERTERUSAN MENGHAPUSKAN BENIH RUMAPAI
Kawasan tidak bertanam di penuhi tumbuhan rumpai berterusan yang membiak benih yang akan tersebar ke kawasan tanaman. Oleh itu kawasan tidak bertanam perlu dibasmi rumpai dengan ternakan atau tanaman penutup bumi.
Kawasan tidak bertanam merupakan sumber benih rumpai yang berterusan |
Kaedah Mekanikal membasmi rumpai yang sedia ada. Pembajakan akan mengalih rumpai dari permukaan tanah dan mematikan nya.
Membajak adalah satu kaedah yang paling praktikal. Tetapi dengan kenaikan harga bahan bakar dan kos jentera, semakin lama semakin mahal. |
Tetapi benih rumpai akan terus hidup dan akan bercambah apabila keadaan sesuai walaupun setelah tanah di bajak.
Penyediaan Tanah Membunuh Rumpai Yang Sedia Ada |
Tanah yang di bajak dan tidak menggunakan sungkupan atau racun pracambah akan mengundang percambahan benih rumpai di dalam tanah apabila tanah mula di sirami pengairan atau hujan.
Benih Rumpai Kelihatan Bercambah Serentak Dengan Tanaman |
Kaedah sungkupan dari bahan organik seperti jerami atau plastik silvershine boleh menghalang benih yang bercambah dari mendapat cahaya matahari. Ini akan membantutkan pertumbuhan rumpai buat sementara.
Rumpai Antara Baris Yang Tidak di Sungkup Akan Terus Membiak dan Menjadi Sumber Benih Rumpai untuk Tanaman Berikutnya |
RACUN PRA CAMBAH ADALAH SATU KAEDAH KAWALAN KIMIA UNTUK MEMBUNUH BENIH RUMPAI.
Jenis Racun Rumpai
Ada tiga jenis racun rumpai utama. Ia itu racun pracmbah yang membunuh rumpai yang belum tumbuh.Racun sentuh bertindak meracun rumpai apabila racun itu mengena daun atau mana anggota rumpai atau tanaman. Racun serap atau sistemik menyerap dalam tumbuhan dan bertindak membunuh rumpai hingga keakar umbi.Tindak balas racun serap kelihatan lambat tetapi dia sanggat berkesan membunuh rumpai.
No comments:
Post a Comment