Mangga merupakan tanaman tradisi di kawasan persisiran pantai Negeri Kedah di sebabkan paras air bumi yang tinggi dan lapisan asin atau asid sulfat yang cetek secara tradisinya dari pengalaman orang tua tua tanaman dusun sperti durian,manggis,rambutan tidak berapa menjadi. Tambahan pula musim kemarau yang panjang dan tanah liat atau pasir laut sedikit sekali tanaman dusun berjaya. Oleh tanaman utama dalam tahun 50an adalah asam,cermai,kelapa, koteh mamak dan mangga.
|
Indek Kematangan 1 Chokanan |
|
Indek Kematangan 2 Chokanan |
|
Indek Kematanganan 3 Chokanan |
|
Indek Kematangan 4 Chokanan |
Tanaman mangga mempunyai kesistimewaan tersendiri berkairapat dengan struktur tanah pantai, kemasinan dan kemasaman lapisan bawah. Musim kemarau panjang juga memainkan peranan. Ketigatiga faktor ini memainkan peranan merangsang pendebungaan mangga di kawasan pantai, Tanpa melihat faktor ini bebarapa percubaan telah di buat untuk membawa mangga ke kawasan tanah sedentari pendalaman di kaki bukit dengan teknologi baru khas nya perangsangan kimia dan penggunaan racun yang intensif di peringkat peringkat pembungaan.
Tanpa displin yang jitu,keyakinan pelaburan dan juga jaminan pasaran yang kukuh. Banyak percubaan petani menghadapi jalan yang sukar.Namun bagi yang masih mahu berjuang dalam industri ini contoh kejayaan di Tobiar boleh menjadi perangsang.
KAWALAN DAN AMALAN KULTURA CANTASAN & PENGAIRAN JUGA TIDAK BOLEH DIABAIKAN
|
Peringkat Atau Paras 1;2;3 penegluaran buah |
CANTASAN BENTUK 1 3 6
1-Dai Bumi pecah kepada 3 Cabang dan setia cabang pecah kepada dua menjadi 2 X 3 = 6
|
Sistem Cantasan Pembentukan 1:3:6= 1 perdu pecah cabang 3 setiap satu cabang pecah 2 |
|
Sistem Cantasan Pembentukan 1:3:9= 1 perdu pecah cabang 3 setiap satu cabang pecah 3 |
|
Pokok Dewasa Tengah Rendang Terbuka Beri Cahaya & Udara |
HASIL JUGA PERLU DI JAGA BALUT ATAU GUNA SECARA KIMIA
|
Tanpa Kawalan Serangga dan Penyakit Kualiti Hasil Terjejas |
|
Kualiti dan Penampilan yang buruk akan menurunkan harga |
|
Hasil Bertmbah dengan Cantasan Yang Betul,Pembajaan dan Kawalan Penyakit |
SEDIKIT TENTANG BEPERANG DENGAN MUSUH
Amalkan tektik ahli politik mengatasi musuh musuhnya nya. Di ladang mangga juga kita perlu mengamal kaedah utama yang mesra alam dan keselamtan makanan.
|
Ya Amalkan CANTASAN |
Amalan itu ialah. CANTAS!!!!
Teknik ahli politik opportunis yang menipu musuh nya adalah Lelompat . Lelompat musuh mangga merosakkan bunga dan buah.
Oleh itu kita tiada pilihan dengan musuh Lelompat ini ini melainkan dengan meracun mereka.
|
Musnahkan Musuh Tanaman!!!! Jangan Tembak Gunakan Racun Yang Sesuai |
Musuh yang serang di musim kering ini perangai macam Along dia makan bunga dan daun. Oleh itu kita tiada pilihan dengan musuh ini melainkan dengan meracun mereka. Zalim? Nak buat macam mana. Ternakan ayam mungkin boleh membunuh pupa dalam tanah.
KAWALAN RUMPAI
Di ladang ladang Jabatan Pertanian kawalan rumpai di ladang mangga menjadi amalan biasa kerana peruntukan memang di sediakan untuk tujuan tersebut. Pertama ia satu plot demostrasi sebagai contoh. Sudah tentu ia perlu memberi contoh yang baik.
|
Kawalan Rumpai Secra Kimia Di Ladang Jabatan di sekeliling Pokok |
|
Kawalan Rumpai Menggunakan Kimia Secra Baris Diladang Jabatan |
Kedua ia bukan ladang komersil dalam arti kata sebenar kerana ia boleh boleh menyerap sebarang kerugian kerana matlmatnya bukan keuntungan tetapi penyelidekan mencari kaedah dan mengujui produk dalam pasaran disamping menjadi ladang contoh berkomersil look. Tetapi apabila ladang ini diberi kepada peserta atau perserta mengushakan di luar rumpai menjadi salah satu masalah .
|
Secara Tradisi Rumah Kampung di Thailand Rumpai Keliling Rumah Terkawal oleh Ternakan |
|
Pecubaan sangkar Bergerak 3 ekor Ayam dara membersihkan 1meter persegi dalam 3 hari |
|
Yam Dalam Pagar Juga Boleh Membersihkan Kawasan Dalam Jangka Panjang |
|
Permadangan Sangar Bergerak terkawal Dalam Kebun Mangga |
|
Hasil Kawasan Dibersihkan Oleh Ayam Salam Sangkar Bergerak |
|
Model Sangkar Lebih Besar |
|
Ayam Peru Kuat Makan Rumput Lebih Berkesan |
Disamping fungsi merumpai tinja ayam juga meningkat sisa organik untuk menyuburkan tanah dan membunuh benih rumpai semasa pereputan di minggu pertama. Oleh kerana ayam memberi hasil daging atau terlur kos penyelengaraan nya dapat di biayaai dengan skala yang sesuai.
No comments:
Post a Comment