Monday, March 26, 2012

KELUHAN USAHAWAN MUDA

MELAYU CERDEK TIDAK BIJAK......
Tuan Tanah dan Penyewa tidak melihat sesuatu dari sudut jangka panjang dan win win situation.Sepatut nya tanah terbiar di beri taraf penerokaan di mana sewa di beri murah untuk tahun yang pertama kerana peneroka perlu menghadapi :
1. Kos penerokaan & Kos infrastuktur
2. Percubaan Menanam dengan baik
3. Pembinaan Raingkaian Pasaran yang belum menentu

Oleh itu pertimbangan perlu untuk mutual benifit dalam jangka panjang. Ini apa yang di amalkan Dato Saya Dahulu. Lihat kisah keluhan ini untuk pengalaman dan panduan.


24 JANUARY 2012

Pertanian , Orang Melayu dan Hasad Dengki?Atau tak tahu ekonomi?

Salam semua , dah lama saya tak menulis dalam blog ini . Terima kasih saudara Zul Cendawan (Klik sini) kerana mengejutkan saya dari tidur yang lena .

Dalam entry kali ini saya ingin menyetuh sedikit mengenai tajuk orang melayu dan hasad dengki . Pertamanya dalam bulan 10 baru ini rakan saya telah menceburi industri tanaman sayur . Hasil penyelidikan dan pembelajaran dengan sifu-sifu yang lama dalam industri tanaman sayur ini maka sahabat saya telah berkongsi idea dengan seorang lagi sahabatnya . Dua-dua mempunyai semangat yang tinggi walau ilmu didada amat kurang . Dengan semangat yang ada maka dua-dua sahabat yang baru berkenalan ini telah berlajar dengan beberapa sifu-sifu yang mahir dan akhirnya dengan keilhasan dan semangat yang dapat dilihat didalam jiwa kedua-dua sahabat saya ini maka sifu-sifu dengan rela hati menolong mereka dari A-Z . tidak cukup dengan beremail , bertelepon dan lawatan belajar di ladang sifu . Sifu ini dengan rela hati turun keladang kedua sahabat ini . segala ilmu kalau 100% mungkin 90% telah diturunkan .

Gembira sungguh dua-sahabat ini mengusahakan tanaman sayur mereka yang seluas 1/2 ekar itu . Bermula dari tanah kebun yang tidak terjaga dan bersemak samun . kedua sahabat ini berjaya mengtransformkan kebun terbiar ini menjadi semua kebun sayur yang hebat . Dengan penggunaan teknologi pertanian terkini dan mengunakan konsep organik secara total , projek yang bermula dalam bulan September 2011 itu kini telah mula mengeluarkan hasil dalam bulan November . Gembira hati kedua sahabat menyambut Aidil Adha dengan kebun yag telah berputik dan hampir dua miggu selepas itu maka hasil pertama berjaya dikutip . Dinaggarkan hasil sebanyak 1/2 tan sehari akan berjaya dikutip untuk tempoh 3-4 minggu akan datang . Maka terbayang sudah kos hampir RM8000 yang dilaburkan hasil seluruh simpanan akan pulang modal sedikit masa lagi .

Tapi harapkan panas sehingga ke petang rupanya hujan ditengah hari . Baru 5 hari mengutip hasil badai menimpa . Buah yang ranum sedia untuk dipetik terbiar layu tanpa boleh dipetik . Tuan tanah datang membawa berita yang buruk . Perjanjian mulut RM1500 setahun yang dipersetujui diawal penerokaan tanah terbatal . Perjanjian baru dituntut , RM1500 sebulan dipinta oleh tuan tanah in advance. no kompromi . TAKE IT OR LEAVE IT . itu kata dua dari tuan tanah . Segala rayuan tidak dilayan . Selagi tak bayar tidak dibenarkan masuk kedalam kebun .

Frust menonggeng kedua sahabat . Frust yang amat sangat kerana dipermainkan oleh orang melayu sendiri . Orang Melayu yang agak kaya yang sangat mementingkan wang ringit tanpa ada perasaan belas .

Jadi nasihat saya sebelum mengusahakan tanah secara sewaan/pajakan pastikan dulu kita bersetuju dengan perjanjian diatas kertas . jangan perjanjian mulut sahaja .

Dalam kes diatas sebenarnya pemilik tanah ini ramai . iaitu anak2 kepada tuan tanah yang asal . Peranjian mulut telah dicapai antara sahabat saya dengan beberapa orang anaknya kemudian seorang anak yang lain campur tangan . Tanah ini telah terbiar begitu lama tanpa diusahakan.

PROJEK INI RUGI . Tapi untunglah kedua sahabat ini yang bersemangat wajar telah ditawarkan untuk mengusahakan semua tanamana tersebut ditempat lain dengan perjanjian tanah yang dimatikan setem dan modal dikelaurkan oleh SIFU mereka . ALHAMDULILLAH kini mereka sedang berusaha mendaki dan tidak patah semangat .

Kepada tuan tanah yang mula2 tadi sepatutnya beliau ada sedikit kompromi . Biarkanlah pengusaha mengutip hasil sehingga habis dan terima RM1500 kemudian baru mulakan dengan perjanjian baru jika kedua2 pihak bersetuju 

1 comment:

  1. Orang Melayu memang pandai membina skim cepat Miskin dengan janji kaya!

    ReplyDelete