Monday, April 18, 2011

PERTANIAN INTERGRASI SATU DIMENSI YANG TIDAK DIBERI PERHATI

Malaysia mempunyai banyak sumber alam asli yang kita melihat sebagai sumber kekayaan yang mapan.Kita mempunyai curahan hujan yang tidak henti henti. Ia sumber air untuk hidupan dan pertanian.Ia akan kekal walaupun minyak negara maupun minyak Arabia sudah pupus.Kita mempunyai suhu yang panas sepanjang tahun. Kita tidak mempunyai musim sejuk yang menghalang pertanian.Kita mempunyai tumbuhan yang berbagai. Ada yang boleh di gunakan terus ada yang boleh di olah untuk makanan ternakan dan baja organik. Tetapi sedikit sekali kita memberi perhatian kepada kekuatan dan kekayaan kita. Kunci mengolah sumber ini secara kitaran alam adalah PERTANIAN INTERGRASI.


Satu model perlu di olah. Kerja kerja awal telah di laksanakan oleh TKPM dengan sumbangan biaya oleh Saujana Agriculture and Soil Consultancy.Pencapain dan penemuan adalah memberangsangkan.
Model intergrasi juga di laksanakan di Brazil. Berikut adalah contoh:

Apa yang dapat di bayang oleh minda tentu dapat di lakar oleh planner dan tentu sekali dapat di laksanakan oleh mereka yang positif fikiran nya.Walaupun tidak mudah untuk menjayakan perkara baru" angan angan Mat Jenin" kata minda Melayu hanya ketabahan dan sokongan sahaja ahli sain German telah mereka kapal terbang jet dan ahli sain yang sama mencipta roket yang meneroka angkasa. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama.



No comments:

Post a Comment